Khamis, 24 Januari 2013

Kek Coklat Moist Kukus/Bakar

Salam'alaikum guys. Malam ni aku dah siapkan projek yg tertunggak beberapa hari lepas, which is Kek Coklat Moist yang Blossoms neh! kek ni memang peberet adik2 aku.but usually aku kukus kek ni,memandangkan aku nak matchkan ngan aiskrim,terpaksa la aku guna kaedah bakor....Untuk post kali ni aku nak share sikit resepi utk buat kek ni yg memang mudah, sodapp and...just nice!hehehe

Bahan-bahan untuk buat benda alah ni :

Bahan A
3/4 (means tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam/susu cair/susu coklat cair
3 sudu teh nescafe
beberapa titik esen vanilla
3 biji telur gred A

Bahan B
 2 cawan tepung gandum
 2 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil baking soda
 1 cawan serbuk koko

Bahan C
yang ni untuk topping (xbuat pon xpe)
1/2 cawan serbuk koko
susu pekat secukup rasa (kalo nak manis letak la lebih sikit)
1/3 cawan minyak masak
secubit nescafe
susu cair secukupnya (bergantung pada kepekatan yg korg suka)


1. Panaskan semua bahan A atas dapur, bukak api sederhana.tapi telur tu korg letak masa api dah ditutup and semua bahan da cair dan larut sebati.
2.Untuk bahan B,macam biasa,ayak je semua bahan 'berserbuk' tu. Sambil2 tu,jangan lupa panaskan pengukus/oven korg.kalo oven,panaskan ngan suhu 150 celcius, api atas bawah tau.
3.Bila dah setel,tuangkan bahan A yg dah larut sebati ke dalam bahan B. Kacau sampai sebati.
4.Ambil loyang yang dah disapu ngan minyak masak (aku suka guna minyak sebab senang nak sapu, xmacam majerin).
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang and letak dalam pengukus atau oven korg.Oven bukak suhu 170 and lebih kurang sejam kemudian,insyaAllah kek korg dah masak.
6. 15 minit sebelum kek korg masak, meh kta sediakan adunan untuk topping dulu. Amik semua bahan C,panaskan dalam periuk ngan api sederhana.kacau sampai sebati and jangan biar hangus!Hati2 naa....pas masak and sebati,tutup la api hehehe...
7.Then bila kek dah masak, angkat and tuangkan adunan topping tadi, then hias ngan aiskrim cokelat,plus ngan strawberi yg memang mengancam selera sape2 yg memandang!Sedia dimakan.

                                      SELAMAT MENCUBA XOXOXO