Khamis, 24 Januari 2013

Kek Coklat Moist Kukus/Bakar

Salam'alaikum guys. Malam ni aku dah siapkan projek yg tertunggak beberapa hari lepas, which is Kek Coklat Moist yang Blossoms neh! kek ni memang peberet adik2 aku.but usually aku kukus kek ni,memandangkan aku nak matchkan ngan aiskrim,terpaksa la aku guna kaedah bakor....Untuk post kali ni aku nak share sikit resepi utk buat kek ni yg memang mudah, sodapp and...just nice!hehehe

Bahan-bahan untuk buat benda alah ni :

Bahan A
3/4 (means tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam/susu cair/susu coklat cair
3 sudu teh nescafe
beberapa titik esen vanilla
3 biji telur gred A

Bahan B
 2 cawan tepung gandum
 2 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil baking soda
 1 cawan serbuk koko

Bahan C
yang ni untuk topping (xbuat pon xpe)
1/2 cawan serbuk koko
susu pekat secukup rasa (kalo nak manis letak la lebih sikit)
1/3 cawan minyak masak
secubit nescafe
susu cair secukupnya (bergantung pada kepekatan yg korg suka)


1. Panaskan semua bahan A atas dapur, bukak api sederhana.tapi telur tu korg letak masa api dah ditutup and semua bahan da cair dan larut sebati.
2.Untuk bahan B,macam biasa,ayak je semua bahan 'berserbuk' tu. Sambil2 tu,jangan lupa panaskan pengukus/oven korg.kalo oven,panaskan ngan suhu 150 celcius, api atas bawah tau.
3.Bila dah setel,tuangkan bahan A yg dah larut sebati ke dalam bahan B. Kacau sampai sebati.
4.Ambil loyang yang dah disapu ngan minyak masak (aku suka guna minyak sebab senang nak sapu, xmacam majerin).
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang and letak dalam pengukus atau oven korg.Oven bukak suhu 170 and lebih kurang sejam kemudian,insyaAllah kek korg dah masak.
6. 15 minit sebelum kek korg masak, meh kta sediakan adunan untuk topping dulu. Amik semua bahan C,panaskan dalam periuk ngan api sederhana.kacau sampai sebati and jangan biar hangus!Hati2 naa....pas masak and sebati,tutup la api hehehe...
7.Then bila kek dah masak, angkat and tuangkan adunan topping tadi, then hias ngan aiskrim cokelat,plus ngan strawberi yg memang mengancam selera sape2 yg memandang!Sedia dimakan.

                                      SELAMAT MENCUBA XOXOXO
                                                   

Rabu, 23 Januari 2013

BFF Oh BFF!

BFF masa form 6 kat SMK Nasiruddin Shah...awal tahun 2011

BFF kat USM...Rozita Aziz
Salam'alaikum kengkawan. Malam ni tibe2 ase nak post pasal BFF @ best friend forever...katenyerr! Alhamdulillah,dalam perjalanan idup aku,aku dah jumpa meke2 ni. Meh aku kenalkan korg ngan depa ni.Yang tudung putih dalam pic atas tu nama dia kak B atau Nur Khairiyah.kami rapat start dlm FB n ms tu dah abis exam.kononya nak tnye cmne nak pilih course yg nak amik ms kat U nati...yg tudung warna grey tu plak nama Wani.dia pon rapat ngan ak pas exam n tu pon sbb ak tegur dia ms kat tempat keje ak.Then aku ajak dia keje kat sebelah kedai tmpat aku keje.aku la yg byk pot pet pot pet masa mula2 kenal, n aku jugak la org yg rekemen kan dia kat tauke keai sebelah.so,dari situ la kami mula rapat. n yg tdung pink bunga2 blossoms tu plak kami panggil dia kak Ngah atau nama betol dia Amal Humayra. Dia...hurmmm just nice....hehehe..sje gurau keh3x.kalo aku cakap tu je,alamak,arwah la aku jumpa dia nati hihihi...aku kenal dia masa duk sibuk ngn study grup.pastu kebetulan adik ktorg satu klas,membuatkan ktorg makin mesra n rapat!
Si Rozita Aziz yg cun melecun ni plak aku mula rapat masa hujung sem 1 kat USM.dia baik,n dialah org yg btanggungjawab ke atas aku sepanjang aku ade kt USM.kalo aku sakit,dia la yg jadik mak bidan...dia ni suka giler berdandan,xpaham hakuu.patot la cun melecun,kan3x??

Banyak pahit manis yang kami dah tempuh.time gadoh,gelaak sampai x hingat doniaa n suka duka Tuhan saje yg tau.harap jodoh kita semua kekal hingga dunia akhirat. doa2 kan kami ek agar kami sentiasa BLOSSOMS dalam PERSAHABATAN kami...da daa.....XOXOXO

Setia Hujung Nyawa punyer pasal!


Tadi pusing2 dalam KB Mall...tibe2 tersinggah kat POPULAR, ape lagi,pusing2 la cari novel!dalam kepala duk ingat satu novel yg mmg susah nak dapat sekarang, SETIA HUJUNG NYAWA. 3 hari lepas aku dah cari kat Muda Osman Jerteh, xdak jgak.tensyen jugak la sikit...hurmm,sume kedai aku pegi cakap abis stok,abis stok n abis stok.last2 aku jugak yg stuck!btw, td kua ngan adik2 n abg,sangat puas ati sbb ak dapat beli BB Cream n lip balm baru limited edition punyer dr Silky Girl...ala,yg duk kecoh iklan kat tv tu,iklan wawa zainal yg menari ala K-POP tu.aku dah try pakai,agak syok jugak la,sbb xmelekit sangat,rasa nk jilat2 pon hadoo sbb tekstur dia da mcm gula2 gincu tu (kalo xtau,rujuk gamba atas hihihi)...gamba lip balm tu malas ak nk amik sbb skunk ak da sedap2 landing atas katil,xde maknanye ak nk g amik gamba whoahaha...sorry guys.kal nk tau jgk,tunggu la iklan tu kt tv nati ek.tak sabar nak tgk efek BLOSSOMS on my lips after using this balm esok.da daa.... XOXOXO

Selasa, 27 November 2012

Jari-jemariku meroyan!

Puff!!pufff!!!banyak giler habuk kat blog aku neh. ntah berapa abad aku tinggal pon xtau la.tapi pagi ni memang blh kira sejarah la,tetiba meroyan jari2 neh nak menaip.bukan ape,seronok duk tgk blog kwn2.maklum lah,aku ni suka baca blog n ape2 bahan bacaan la pendek cite.

hurm...sbb aku buat post baru ni,aku sempat jugak curi masa dekat 2 jam duk menghias blog aku ni.almaklum la,tukar format..dulu akademik sikit, skrg open plak. tukar angin katanya...

btw,welcome to the club Cik Bella....Blossoms,yeah!nama baru aku...dan aku suka sangat2.aumm!aummm!

***tak sabar nak 'berkarya'

Ahad, 19 Disember 2010

Petua Kecantikan Kulit

Ramai yang mengeluh bila produk penjagaan kulit yang dibeli oleh mereka xmendatangkan kesan sebagaimana yang diwar-warkan. Banyak duit dah dilabur tp hasilnya??'zero'.So here, i juz wanna share beberapa petua untuk mendapatkan kulit yang CANTIK dan SIHAT...

>Guna je telur putih(pastikan yang organik@telur ayam kg.)

Antara khasiat telur putih:
  1. menghilangkan sel-sel kulit mati
  2. menghilangkan bintik-bintik halus 
  3. menegangkan kulit wajah
  4. awet muda
Cara-caranya:
  • pecahkan telur dan asingkan telur kuning dan putih
  • kacau telur putih sampai berbuih
  • bersihkan wajah anda dgn air suam terlebih dahulu
  • lapkan wajah anda dgn tuala bersih
  • sapukan telur putih di diseluruh wajah anda(macam masker)
  • bila kering,cuba anda senyum perlahan-lahan
  • kalau rasa susah nk senyum dan kulit rase tegang,baru bleh bilas wajah anda dgn air suam
  • lap dgn kain bersih
*biarkan ia kering dgn sendirinya(p/s xpayah nk 'fan' kn wajah anda)

>>>try sentuh kulit anda especially kat area hidung,kalau dah rasa 'smooth', tu tandanya usaha anda dah berjaya!

Then,telur kuning yg diasingkn td boleh diaplikasi dgn cara yg sama slps penggunaan telur putih tadi.Fungsinya adalah ia mampu memberi kelembapan kpd kulit anda!
SELAMAT MENCUBA YA!

Halal vs. Akidah

Adakah anda yakin makanan ini benar-benar halal???

Emm...enak luarannya,tapi apa yang terkandung didalamnya  ya?



"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami telah berikan kepadamu..," (Surah Al Baqarah, ayat 172)

Ramai dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini kurang menitikberatkan soal kesucian sesuatu produk yang diguna dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin ramai yang masih enggan mengambil tahu atau mungkin sengaja membutakan pancaindera mereka demi menidakkan apa yang tersurat dalam ajaran Islam mengenai pentingnya menjaga kesucian dan kebersihan sama ada daripada segi aspek makanan, pakaian, peralatan mahupun kosmetik. Bagi mereka, tiada apa yang harus dikhuatiri kerana makanan yang diambil akan 'dibuang' akhirnya dan kosmetik boleh ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat...mungkin inilah yang singgah di kotak pemikiran anda setiap kali isu ini dibangkitkan.

Namun, tahukah anda bahawa setiap titik minuman dan sekecil mana kuantiti makanan yang anda ambil, ia mampu menguasai jiwa dan perlakuan anda?!!!

Sebenarnya sudah banyak bidang medium ilmiah membincangkan isu ini. Namun, tidak ramai yang ingin menjejaki isi kandungan topik tersebut yang kononnya mereka sudah tahu tentang hal tersebut. Di skrin minda mereka sudah mula merujuk paparan mengenai makanan halal dan haram,    soal kebersihan dan sebagainya. Itulah silapnya masyarakat kita.

Secara kontrasinya, makanan yang dimakan oleh kita akan menjadi darah dan daging dalam tubuh kita. Pembentukkan jasad melalui ciri makanan adalah melalui dua cabang; HALAL dan HARAM. Pembentukkan daripada sumber makanan yang HALAL mampu menjadikan jiwa seseorang itu mantap, cergas dan teguh daripada sisi agamanya. Akidah dan akhlaknya sudah tentu terpelihara dan memiliki nilai kerohanian yang tinggi dan HEBAT! Namun jika sebaliknya,mereka yang mengambil makanan yang HARAM, sudah tentu jiwanya kurang pengisian baik daripada aspek kekuatan agama mahupun akidah dan akhlaknya. Oleh itu, jelaslah bahawa pentingnya bagi kita untuk MENJAGA dan MENELITI setiap apa yang kita masukkan ke dalam tubuh kita mahupun apa yang kita letakkan pada jasad kita.

KEBAIKAN MAKANAN HALAL

  • Memantapkan daya pemikiran dan emosi
  • Menguatkan keimanan dan akidah
  • Menjaga akhlak dan tingkahlaku
  • Menjauhkan diri daripada maksiat
  • Meningkatkan keimanan dan cinta terhadap agama
  • Meningkatkan tahap IQ dan EQ
  • Terhindar daripada penyakit berbahaya 
  • Melembutkan hati dan jiwa
  • Mudah menerima segala nasihat dan tunjuk ajar
KEBURUKAN MAKANAN HARAM
  • Memudaratkan dan mengganggu fungsi normal mental dan fizikal
  • Melemahkan daya ingatan dan pemikiran
  • Menjejaskan aspek perlakuan lahiriah dan batiniah
  • Menjejaskan amal ibadat
  • Terdedah kepada risiko penyakit berbahaya
  • Mudah terjebak ke arah maksiat
  • Mengurangkan tahap kecintaan terhadap agama 
  • Doa tidak diterima
  • Ibadat menjadi sia-sia
  • Membentuk individu yang keras hatinya
  • Menjejaskan aspek akedemik
Oleh itu, kita perlulah memperincikan setiap apa yang kita ambil atau makan agar jiwa dan kerohanian kita sentiasa di paras kelompok hati-hati manusia yang beriman.

Di sini, saya ingin menyelitkan beberapa produk yang dikhuatiri status kehalalan namun masih bebas diguna dan diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.

  1. Gelatin
Kandungan gelatin terdapat di dalam komposisi atau isi kandungan GULA-GULA GETAH. Kebanyakan gula-gula getah yang terdapat di pasaran mengandungi gelatin kerana fungsinya sebagai bahan PEMANTAP, PENGEMULSI, PEMEKAT MAKANAN, PENGGEBU, dan BAHAN LEKATAN dalam gula-gula.

contohnya:
  • Gula-gula getah
  • Toffe
  • Jeli
  • Pencuci mulut segera
  • Jem, marmalad, dan sapuan lain
  • Makanan laut (disaluti gelatin untuk kelihatan jernih dan lembut)
  • Makanan konfeksi (kek, coklat, gula-gula, aiskrim)
  • Jus buah
  • Dadih buah
  • Minuman susu masam
  • Aiskrim
  • Keju/mentega/marjerin rendah lemak
  • Produk penjagaan rambut
  • Produk penjagaan kulit
  • Barangan fotografi dan percetakan

Antara kandungan lain yang terkandung di dalam produk seharian kita:
  1. Plasma darah di dalam makanan sejuk beku
  2. Bulu binatang (babi) pada berus cat, berus mekap
  3. Plasenta manusia dan haiwan dalam kosmetik
  4. Kolagen manusia dan haiwan dalam kosmetik
p/s: Pembaca yang ingin meneliti lebih lanjut mengenai kepenggunaan gelatin dalam sesuatu produk boleh menghantar emel kepada saya... dudebella@rocketmail.com