![]() |
| Adakah anda yakin makanan ini benar-benar halal??? |
![]() |
| Emm...enak luarannya,tapi apa yang terkandung didalamnya ya? |
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami telah berikan kepadamu..," (Surah Al Baqarah, ayat 172)
Ramai dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini kurang menitikberatkan soal kesucian sesuatu produk yang diguna dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin ramai yang masih enggan mengambil tahu atau mungkin sengaja membutakan pancaindera mereka demi menidakkan apa yang tersurat dalam ajaran Islam mengenai pentingnya menjaga kesucian dan kebersihan sama ada daripada segi aspek makanan, pakaian, peralatan mahupun kosmetik. Bagi mereka, tiada apa yang harus dikhuatiri kerana makanan yang diambil akan 'dibuang' akhirnya dan kosmetik boleh ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat...mungkin inilah yang singgah di kotak pemikiran anda setiap kali isu ini dibangkitkan.
Namun, tahukah anda bahawa setiap titik minuman dan sekecil mana kuantiti makanan yang anda ambil, ia mampu menguasai jiwa dan perlakuan anda?!!!
Sebenarnya sudah banyak bidang medium ilmiah membincangkan isu ini. Namun, tidak ramai yang ingin menjejaki isi kandungan topik tersebut yang kononnya mereka sudah tahu tentang hal tersebut. Di skrin minda mereka sudah mula merujuk paparan mengenai makanan halal dan haram, soal kebersihan dan sebagainya. Itulah silapnya masyarakat kita.
Secara kontrasinya, makanan yang dimakan oleh kita akan menjadi darah dan daging dalam tubuh kita. Pembentukkan jasad melalui ciri makanan adalah melalui dua cabang; HALAL dan HARAM. Pembentukkan daripada sumber makanan yang HALAL mampu menjadikan jiwa seseorang itu mantap, cergas dan teguh daripada sisi agamanya. Akidah dan akhlaknya sudah tentu terpelihara dan memiliki nilai kerohanian yang tinggi dan HEBAT! Namun jika sebaliknya,mereka yang mengambil makanan yang HARAM, sudah tentu jiwanya kurang pengisian baik daripada aspek kekuatan agama mahupun akidah dan akhlaknya. Oleh itu, jelaslah bahawa pentingnya bagi kita untuk MENJAGA dan MENELITI setiap apa yang kita masukkan ke dalam tubuh kita mahupun apa yang kita letakkan pada jasad kita.
KEBAIKAN MAKANAN HALAL
- Memantapkan daya pemikiran dan emosi
- Menguatkan keimanan dan akidah
- Menjaga akhlak dan tingkahlaku
- Menjauhkan diri daripada maksiat
- Meningkatkan keimanan dan cinta terhadap agama
- Meningkatkan tahap IQ dan EQ
- Terhindar daripada penyakit berbahaya
- Melembutkan hati dan jiwa
- Mudah menerima segala nasihat dan tunjuk ajar
KEBURUKAN MAKANAN HARAM
- Memudaratkan dan mengganggu fungsi normal mental dan fizikal
- Melemahkan daya ingatan dan pemikiran
- Menjejaskan aspek perlakuan lahiriah dan batiniah
- Menjejaskan amal ibadat
- Terdedah kepada risiko penyakit berbahaya
- Mudah terjebak ke arah maksiat
- Mengurangkan tahap kecintaan terhadap agama
- Doa tidak diterima
- Ibadat menjadi sia-sia
- Membentuk individu yang keras hatinya
- Menjejaskan aspek akedemik
Oleh itu, kita perlulah memperincikan setiap apa yang kita ambil atau makan agar jiwa dan kerohanian kita sentiasa di paras kelompok hati-hati manusia yang beriman.
Di sini, saya ingin menyelitkan beberapa produk yang dikhuatiri status kehalalan namun masih bebas diguna dan diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.
- Gelatin
Kandungan gelatin terdapat di dalam komposisi atau isi kandungan GULA-GULA GETAH. Kebanyakan gula-gula getah yang terdapat di pasaran mengandungi gelatin kerana fungsinya sebagai bahan PEMANTAP, PENGEMULSI, PEMEKAT MAKANAN, PENGGEBU, dan BAHAN LEKATAN dalam gula-gula.
contohnya:
- Gula-gula getah
- Toffe
- Jeli
- Pencuci mulut segera
- Jem, marmalad, dan sapuan lain
- Makanan laut (disaluti gelatin untuk kelihatan jernih dan lembut)
- Makanan konfeksi (kek, coklat, gula-gula, aiskrim)
- Jus buah
- Dadih buah
- Minuman susu masam
- Aiskrim
- Keju/mentega/marjerin rendah lemak
- Produk penjagaan rambut
- Produk penjagaan kulit
- Barangan fotografi dan percetakan
Antara kandungan lain yang terkandung di dalam produk seharian kita:
- Plasma darah di dalam makanan sejuk beku
- Bulu binatang (babi) pada berus cat, berus mekap
- Plasenta manusia dan haiwan dalam kosmetik
- Kolagen manusia dan haiwan dalam kosmetik
p/s: Pembaca yang ingin meneliti lebih lanjut mengenai kepenggunaan gelatin dalam sesuatu produk boleh menghantar emel kepada saya... dudebella@rocketmail.com





Tiada ulasan:
Catat Ulasan